seize100percent

the collage of my day

a dollar can never spend twice


Wah tajuk xtahan. Macam tajuk buku motivasi pengurusan kewangan pulak.

Linda tak ingat bila last tukar bateri kereta. tapi surely dah lama la.. Semalam bateri kereta kong. Bila nak semak tanda pada bateri, dah hilang pulak tarikh dia. Sebabnya husben rajin bawak pergi cuci enjin. Mungkin sebab itu tulisan tarikh pada bateri dah hilang. Terpaksalah ganti bateri kereta pulak.

Tadi, pergi cari baju untuk sambut orang baru ni. Dah beli, bila bawak balik rasa mahal la pulak. Humph.. Baik beli online je. Dah tentu murah. Tapi tak pe lah. Sebab beli baju pun untuk bawak ke hospital nanti. atau nak pergi check up /cucuk kat klinik. Nanti dia duduk rumah pakai aje baju Balqis. Boys can wear pink, what? Hehe.. Oh My.. Kena beli baju raya la kan untuk si kecik ni. *sight.

Ok pasni tak mo mengandung selagi duit keter belum habis bayar (boleh pulak?) Bila agak-agaknya habis bayar tu ye? Ikut jadual Disember 2015. Insyaallah.

Nasib baik la duit booking hospital bersalin dah bayar. Huh.. lega.. Dah satle semuanya nanti nak ambil medical card la dari agen insuran.. Wondering sama ada buat Lasik boleh claim dari medical card tu. 

 

 

No Comments »

Sweet moment


Malam tadi Balqis jatuh kerusi. Kepala dulu pulak tu. Masa tgh kalam kabut tu, ada pulak hamba Allah ni dgn penuh [isi tempat kosong] datang cakap benda yg menyakitkan hati/ mulut penuh bisa.

Y Allah, kalau ikut darah tgh mendidih tu, mmg ada je yg makan sofa malam tadi.

Linda terus bawak Balqis masuk bilik. Letak dia atas riba tuam dengan ais. Sambil tu Linda menangis. Balqis terus berenti nangis. Dia tengok je Linda lap-lap air mata dengan baju kelawar yg Linda pakai.

Kemudian, Balqis tarik leher baju kelawar Linda & lap2 pipi Linda. Linda terus berenti menangis. Mungkin dalam hati anak yg baru setahun ni, ada rasa simpati. Entahlah.

kesimpulan kalau ada orang dirimpa musibah, tolonglah jaga lidah jangan tambah beban emosi orang tu. Kalau agak2 xboleh nak tolong fizikal, tak payah nak ucap perkara yg menyakitkan hati. Tolong berfikir sebelum bercakap. Geram tau tak.. Huh!

No Comments »

Tahi Hidung Masin


Amaran : Tajuk post singkat ini sangat eeyek…

Maybe Linda kolot. (Whateva..) Tapi Linda xpernah betul-betul faham bila orang cakap “Kedekut Tahi Hidung Masin“. (Kalau “Kedekut Tangkai Jering” tu, Linda faham la, sebab tangkai jering memang liat kalau nak tarik buah jeringnya)

Linda ingatkan “Kedekut Tahi Hidung Masin” ni cuma ayat berima yang orang suka sebut. Hinggalah suatu petang yang hening…..

Babah : Banyaknya tahi hidung anak ni

Mama :  Dia tak bagi korek. Usik je hidung, dia nangis.

Babah : Takpe, Abang pegang, Manja korek.

Bergotong royonglah kami laki bini membersihkan lubang hidung anak dara ku itu. Sambil Balqis terpekik terlolong macam kena dera. Selesai je tugas membersih.

Mama: Ha.. kan lapang je hidung tu, Nak buang pun tak bagi.

Babah : Tu la orang kata, “Kedekut Tahi Hidung Masin”

Pang!!

Baru tersedar, asal usul ayat “Tahi Hidung Masin” tu. Huwahaha… Dah 30 tahun, baru tau.. 

 

 

No Comments »

Lebai Malang


Cerita ini, cerita Sabtu lalu..

Start Jumaat. Geng Ibu Muda ajak Linda pergi meraikan Hari Ibu. Disebabkan invitation dibuat melalui group chatting di FB, Linda bukak je dah macam-macam topic perbualan keluar. Jadi Linda minta sesiapa recap plan yg diorang buat. So.. butir-butir yg Linda dapat tangkap ialah;

              Hari Ibu, 830 malam, Simpang Tiga, RM25, Sabtu(kot)

 Faham-faham ajelah bila group chat ni, sorang tanya, yang lain akan teruskan perbualan topic-topik hangat semasa. Jadi soalan Linda xde sapa jawab.

 Sabtu pulak. Tak tau nak bawak Balqis ke tak. Last-last siapkan jugak anak dara tu, sebab Opah nampak macam letih je. On way, BIL call cakap nak bawak MIL & FIL datang rumah, jumpa besan. Alamak.. dah keluar, takkan nak patah balik kot. Lagi pun dah lewat. Lagipun, dah minta kawan tolong bayar RM25. Takkan nak cancel. Dalam hati berbelah bahagi. Kalau cancel, dapat tengok drama Cinta Jangan Pergi & dapat bermanja-manja dengan MIL & FIL. Dah lama tak lepak dengan diorang. Tapi macam kesian pulak dengan kengkawan. Dah berjanji & dah siap tolong bayar lagi. OK. Dah half way dah pun kan. Jadi teruskan aje lah.

 Sampai kat Simpang Tiga, macam sunyi je. Telefon Puteri, time-time tu la pulak bateri handfon habis. Adui.. Terpaksa order air dulu, sebab nak dapatkan password wifi Simpang Tiga. Sebab nak wechat dengan Geng Ibu Muda.

 Alih-alih….

 “Yg mlm, semlm la… Mlm Jumaat, patut tunggu semlm xde…”

 Adoyai….

 Sekarang belah bahagi pulak. Nak balik ke, air dah order. Nak makan dulu ke. Alahai sian anak dara Mama ni dah siap cantik-cantik, ingat nak bawak dia jumpa kengkawan dia. Huhu (sian kat Mama yg siap beria bagai)

 Kalau balik nanti, apa pulak kata family. Beria-ria cakap nak dinner dari semalam, tak jadi pulak ke.. Atok pulak jenis inspector pencen. Kalau bab tanya soklan, dia bukan dengar kita punya jawapan. Bertubi-tubi. Wartawan pun reti diam dengar jawapan baru tanya soklan lain.

 Jadi, Linda & Balqis stay je lah. Order chicken chop. Alamak.. lembab sesangat servise kat sini. Nak ambil order air kena tunggu 10 minit. Total waiting time baru dapat makan dekat 40 minit. Kita panggil buat tak tau je. Segan panggil sambil angkat-angkat tangan panggil waiter. Balqis pun seronok je meniru Mamanya angkat tangan. Huhu..

 Dah dapat makan pulak, punya lah masin Chicken Chop dia. Telan aje lah. Last-last selepas sejam setengah Linda pun balik umah. Nasib baik, xde sesiapa tanya sangat pasal dinner tu. Cuma Tanya Linda makan apa, & Linda jawab makan xsedap.

 Kesimpulan dari kisah Lebai Malang ini ialah;

 1.Lain kali kalau ada program, sila lah jemput pakai sms (paling cikai pun) kalau pakai group chat mmg macamnilah jadinya.

 2.Kemudian kena double check vanue/date/time.

 3.Lepas tu, sebelum keluar rumah jangan lupa baca Bismillah & cas beteri henfon.

  4. Call dulu kengkawan 2 jam sebelum program untuk double confirm.

 

Ok. Sekian karangan saya hari ini.

No Comments »

Azurachan… Ini pun cun jugak…


20130517-164516.jpg

Hehe.. Iklan kejap…

1 Comment »

Saya rumah merah


20130517-160122.jpg

Td dapat baju sukan rumah-rumah. ( or baju rumah-rumah sukan). Linda rumah merah @ Dato Panglima Bukit Gantang.

Ambil saiz L. Tapi macam seelok badan je. Masa order tu, anggap pregnen selama-lamanya. Haha.. Tapi baju sukan xmanis kalau fit2. Tambah lagi puak-puak yang pakai baju sukan dengan lengging. Amat tidak sopan rasanya.

Seminggu ni banyak yg berlaku. Tapi bila up wntry last-last masuk tong draft je. Rasa negatif je. Ada mood nanti Linda up lain, ye.

MIL ada di Ipoh weekend ni. Jd nak bawak Balqis spend time with them. Dah la 5 bulan xbalik kampung. Nanti jadi menantu derhaka pulak. Huhu..

Ok till next week. Happy weekend peeps.

No Comments »

Kak Ton comel kan…


20130513-141821.jpg

Tadi update maknyer, sekarang update anaknyer. Mizz Balqis 1yr2wks

Masih jalan jatuh. Gigi ada 4 1/2batang. Tidor lesak.

No Comments »

Comel tak, Kak Ton?


20130513-141515.jpg

Update 8 bulan baby bump. Hehe..

No Comments »

Selamat Pengantin Baru, Salsabila


keluar tajuk:

Dalam kepala asyik terdengar lagu Giyomi. (mujur lagu ‘marilah mengundi’ & ‘sayangi selangor’ dah xberkumandang, mabuk rasanya) Bukanlah sebab aksi Giyomi tu (amat buruk kalau Linda buat-buat kawa-i  dengan aksi Giyomi) tapi sebab lagunya catchy & ada Gail Sophicha dengan ukelelenya, sangat-sangat lah comel.

Hari ni nak cerita tentang perbualan sebelum azan Subuh pagi tadi. plz take note; kami laki bini tidak berbual malam tadi kerana pada masa husben balik, Linda & Balqis dah tido.

plz take note lagi; husbenku mempunyai banyak girlfriend sebelum kawen. ini berkisar tentang girlfriend dia yang bernama Salsabila (bukan nama sebenar)

Husben: Dunia ni kecik kan.

Me: emm.. Kenapa?

Husben; Ki (kawan husben; seorang jurufoto) ambil gambar kawen awek lama abang. 

Me: (mencari ayat terbaik untuk respond) siapa?

Husben: Salsabila. Dia kawen bulan 3 aritu.

Me: (mencari cara respond terbaik) …..emmm

Husben: Dia kawen dengan…. (sorry, lost focus. xdengar dia cakap apa lepas tu)

Me: em….. abg frust ke? (erk? apa punya respond la..)

Husben: em… (silent… don’t care what he thinking. lantaklah) gambar outdoor diorang macam gambar kita. Nanti manja tengok kat FB abang, cari nama Ki tu. Dia pakai baju biru.

Me; abang tengok dah ke?

Husben: Ki tunjuk semalam..

& the chatting continue pasal jurugambar yg bagus2 (kitorang kenal) & pasal tempat best tangkap gambar outdoor (lari tajuk)

 

Ok.. apakah motif up entry ini? xde apa pun. Linda kenal Salsabila ni. Budaknya baik. Tak macam sorang lagi ex-girlfriend husben yg psyko tu. Salsabila ni respek orang lain. Mungkin sebab dia ni pun datang dari famili baik-baik & terkenal. Jadi manner dia pun baik. When my husben cakap kat dia, he wants to marry me, she back off & xdelah nak serang Linda xtentu pasal. 

I remember penah terserempak dengan dia sekali, but she tried to be invisible as possible. But dia sempatlah cakap kat husben, dia puas hati dapat tengok Linda secara depan-depan. 

haha.. Linda, bini yg memahami,kan.. siap kenal lagi ex-girlfriend husben. haha.. i simply don’t care. for me his history was his story. I am his present & I am, his future. that’s all matter.

 ada jugak his ex-girlfriend from hell. memang gila la time tu.. sampai sekarang pun gila jugak. Someday.. (over the rainbow, haha) Linda akan up entry pasal ex-girlfriend from hell ni. hahah.

Some people juz tak boleh terima qada’ & qadar Allah. Tak paham lah, kenapa tah? Meanwhile, Linda doa Salsabila bahagia dunia akhirat. Gambar kawen dia cantik sangat. & she looks gojes as ever.. Selamat pengantin baru..

2 Comments »

Property virgin


Alhamdullillah, pg td sempat ke Bank Islam Ipoh untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku. Bincang punya bincang, rupanya Linda xlayak untuk skim tu. (Ini tidak adil.. Kami kakitangan kontrak selalu di anak tirikan).

Alternatif lain, pembiayaan Home-i Bank Islam.

Lepas buat pengiraan & sesi soal jawab yg panjang lebar, semuanya akan ditentukan selepas penilaian rumah dibuat. ( fyi, Linda nak beli rumah 2nd hand). Esok baru dapat nilai sebenar rumah tu.

Meanwhile, Bank akan bagi pinjaman berdasarkan nilai rumah bukan nilai jualan. Kemungkinan besar Linda terpaksa tambah cash untuk beli rumah tu nanti.

Untuk mendapatkan cash, Linda (& Opah & Atok) decide to let go, tanah lot di Gopeng tu. Sapa-sapa berminat boleh hubungi Linda ol2-5i2i9oo. Lot tanah tu besar, belakang ada reserve parit JPS tapi parit tu parit buta( xde air sebab dah putus punca). Menjadikan lot tu lebih luas. Setakat nak berkebun sayur dekat reserve JPS tu mmg boleh sangat la. plus tanah tu atas bukit. Buat bungalow mmg cantik. Jarak dari Sekolah Menengah Seri Teja lebih kurang 500m je. Jarak dari Plaza Tol Gopeng cuma lebih kurang 2 km & jarak dengan pekan Gopeng lebih kurang 2 km. Jarak dari Masjid Gopeng (sebelah bomba) dalam 1 km. Nama kawasan, RPT Lawan Kuda, Gopeng.

reason to let go; nak beli rumah/ tanah lain yg lebih dekat ke Ipoh memandangkan Linda & husben kerja di Ipoh. balqis tinggal dengan Opah which is dekat dengan Ipoh jugak. Nak jimat milelage.

Apa pun, Linda betul2 harap dapat beli rumah yg Linda tengok weekend lepas. & harap2 dapat value rumah yg lebih tinggi dari perbincangan awal tadi.

Nanti Linda akan update prosedur lain. Maklumlah Linda ni property virgin. Semuanya kena belajar dari zero..

Ya Allah permudahkanlah usaha ku. Amin.

No Comments »

My Vanity Dresser

No Make-up Can Mask An Ugly Heart

kayla kakes

This food blog is a way to share recipes, opinions, and stories about cooking/baking.

Kasih

Bicara hati dan minda

Azura Chan

Book is my drug, Photography is my alcohol, Food is my temptation, Blogging is my therapy..

Barely Supermommy

The (mis)adventures of me coping with mommyhood and life..

Our Journal:This is us

pu3natul | gshazli | ilhan.yusuf | zayyan.umar

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.